TULISAN MENEROBOSI MINDA ~ Kelas PKB
Sejak kecil ketika masih kanak-kanak, menulis merupakan didikan awal yang saya temui sewaktu di sekolah. Otak masih kosong, belum tahu apa erti setiap huruf dari A sampai Z. Namun, setelah bertahun-tahun belajar, minda bertambah mengetahui setiap huruf yang digabung secara teratur membentuk perkataan-perkataan yang mempunyai maksud bahkan perkara baru demi perkara baru mewarnai persekitaran dunia minda saya. Situasi yang memberi lebih kesan yang luar biasa iaitu ketika timbul kerinduan membaca bahan-bahan rohani dan Alkitab serta keinginan untuk mendalami dan menggali Firman Tuhan.