MEMIKIRKAN FIKIRAN ALLAH ~ Kelas DIK

Pada waktu manusia pertama diciptakan, Adam dan Hawa dicipta menurut gambar Sang Pencipta iaitu Allah. Sudah tentu Adam dan Hawa memiliki kemampuan untuk berfikir dengan baik dan mengikuti apa yang dikehendaki oleh Allah. Allah melihat bahawa semua yang diciptakan-Nya adalah baik dan Dia senang dengan karya penciptaan-Nya. Harapan Allah supaya Adam dan Hawa bijak menguasai/mengendali Kehendak Bebas mereka. Tetapi manusia itu telah tergoda dengan tipu muslihat Iblis lalu jatuh dalam dosa. Justeru itu, Adam dan Hawa telah kehilangan kemuliaan Allah dan tentunya fikiran mereka boleh dikuasai/dipengaruhi oleh Iblis.

Kutuk dosa akibat dari pelanggaran Adam dan Hawa terhadap perintah Allah telah menular dari zaman ke zaman. Kini, kita sebagai para pemercaya (orang Kristen) tahu bahawa rencana Allah itu memang indah walaupun fikiran manusiawi kita terbatas untuk memahami cara Allah kita berfikir. Namun begitu, kita masih boleh menyelami isi hati Bapa Sorgawi di dalam kehidupan kita. Dengan cara apa? Alkitab mengandungi suara hati dan fikiran Allah, melalui cara membaca dan merenungkan Firman Allah siang dan malam serta melakukannya memampukan orang Kristen mengenal fikiran-Nya.

Memikirkan fikiran Allah itu sangat memberi sukacita dan kedamaian. Pada setiap saat orang Kristen bersama-sama dengan Pencipta-Nya melalui persekutuan intim dengan-Nya, bermacam-macam rahasia yang Dia beritahu melalui pimpinan kuasa Roh Kudus. Wah! Indah sekali.

Cabaran yang kita hadapi pada masa kini adalah IPTEK (Ilmu Pengetahuan dan Teknologi). Banyak sarana yang bisa menghanyutkan manusia supaya beralih dari memikirkan fikiran Allah kepada hal-hal keduniawian. Namun, bagi orang-orang Kristen yang teguh imannya pasti tidak akan berganjak dari mengasihi Allah sampai ke garis akhir.

Dengan cara mengasihi Allah, iman kita akan semakin bertambah membara. Keselamatan yang ada dalam Tuhan Yesus harus dipegang,jangan terlepas. Tetap bertumbuh secara rohani berlipat kali ganda bagi kemuliaan-Nya.

Shalom dan Salam Kasih Kristus,
Joses Kodoh

^^^^^^^

Klik x untuk menutup hasil pencarianCari di situs PESTA