MEMIKIRKAN FIKIRAN ALLAH ~ Kelas DIK
Pada waktu manusia pertama diciptakan, Adam dan Hawa dicipta menurut gambar Sang Pencipta iaitu Allah. Sudah tentu Adam dan Hawa memiliki kemampuan untuk berfikir dengan baik dan mengikuti apa yang dikehendaki oleh Allah. Allah melihat bahawa semua yang diciptakan-Nya adalah baik dan Dia senang dengan karya penciptaan-Nya. Harapan Allah supaya Adam dan Hawa bijak menguasai/mengendali Kehendak Bebas mereka. Tetapi manusia itu telah tergoda dengan tipu muslihat Iblis lalu jatuh dalam dosa.