BERKAT DARI KELAS PESTA

Oleh: Veronica Saimon

Syukur dan puji Tuhan, kerana saya telah menemukan Blog PESTA yang telah banyak membimbing saya secara rohani dalam bentuk teori.

Semua pelajaran yang sudah saya ikuti, sangat membantu saya dalam mempertingkatkan iman saya sendiri dan ilmu dalam pelayanan saya sebagai seorang Katekis (Pembantu paderi distasi-stasi luar mengendalikan ibadat Sabda).

Ketika saya menyertai kelas di PESTA, telah menyedarkan saya bahawa semakin banyak saya belajar, semakin saya tahu bahawa masih lebih banyak yang saya perlu belajar, maka inilah yang mendorong saya untuk terus mengikuti kelas di PESTA. Walau dalam usia emas, selagi saya masih boleh melihat tulisan di kertas saya akan meneruskan pembelajaran saya, untuk menimba sesuatu yang boleh saya kongsikan kepada sesama saya. Saya berharap dan berdoa semoga lebih ramai rakan-rakan kenalan saya dari Sabah Malaysia akan mengikuti kelas ini, dan semoga PESTA ini akan terus diberkati dan dapat terus berkembang demi pelayanan untuk kemuliaan Tuhan.

Di PESTA, saya menimba ilmu dengan cuma-cuma, tidak menuntut waktu yang khas. Saya merasa sangat bertuah belajar di PESTA.

Ayuh teman-teman seiman sertai kelas di PESTA.

Klik x untuk menutup hasil pencarianCari di situs PESTA